Lelaki cedera dalam kemalangan kereta di jejambat Jalan Airport

Facebook
WhatsApp

KELUARKAN MANGSA… Pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa terperangkap dalam kereta dalam kemalangan di jejambat Jalan Airport di Miri, malam tadi. Foto BBP Lopeng

MIRI: Seorang lelaki cedera selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di jejambat Jalan Airport di sini malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar 9.15 malam.

Katanya sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dikejarkan ke lokasi bagi mengeluarkan mangsa terperangkap dalam kenderaan.

“Anggota bomba mengeluarkan mangsa tanpa menggunakan peralatan khas memandangkan mangsa tidak tersepit.

“Setelah berjaya dikeluarkan, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan Hospital Miri untuk rawatan lanjut,” katanya. Operasi itu tamat 9.40 malam.

Oleh Liong Chai Ling