Empat cedera, kereta terbabas langgar pokok di Jalan FAC-Kampung Selang

Facebook
WhatsApp
KEMALANGAN…..Empat sekeluarga cedera termasuk dua kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun selepas kereta dinaiki mereka terbabas melanggar pokok di Jalan FAC-Kampung Selang, hari ini. Foto BBP Petra Jaya

PETRA JAYA: Empat sekeluarga cedera termasuk dua kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun selepas kereta dinaiki mereka terbabas melanggar pokok di Jalan FAC-Kampung Selang, hari ini. 

Kejadian berlaku kira-kira 3.15 petang tadi, dua mangsa kanak-kanak berjaya dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba manakala dua lagi mangsa dewasa dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya.

KEMALANGAN…..Empat sekeluarga cedera termasuk dua kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun selepas kereta dinaiki mereka terbabas melanggar pokok di Jalan FAC-Kampung Selang, hari ini. Foto BBP Petra Jaya

Ketua Operasi PBK I Syed Mohd Azreen Wan Halami berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.15 petang dan tiba di lokasi pada 3.42 petang. 

“Anggota membuat size-up menggunakan PPE lengkap sebelum mengeluarkan mangsa dengan stretcher. 

“Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) memberi rawatan awal sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan. 

Dua maut dalam nahas jalan raya di Sibu

SIBU, 3 Oktober: Dua individu maut selepas kereta Perodua Bezza yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat