Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Empat kampung DUN Balingian terima bantuan makanan
  • TEMPATAN

Empat kampung DUN Balingian terima bantuan makanan

Utusan Sarawak 5 years ago

HENRY B SIYU

MUKAH: Beberapa buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, dekat sini, mendapat bantuan makanan pada 9 April.

Penerima-penerima adalah penduduk daripada Kampung Sau, Kampung Sitieng, Kenyana dan Skoyan Mukah.

Ia melibatkan sebanyak 153 bakul makanan dan sebelum diagihkan,  barang-barang itu dikumpul di Dewan Serbaguna Kampung Sau, di sini.

Menurut Ketua Kaum Kampung Sau, Mazlan Abdullah, bantuan berkenaan  amat membantu dalam masa Perintah Kawalan Perkampungan(PKP) ini.

“ Terima kasih kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di atas keprihatinan semasa tempoh PKP. Bantuan ini semestinya akan meringankan sedikit beban keluarga yang terjejas kerana tidak dapat menjalankan kegiatan ekonomi  mereka sebagaimana rutin harian disebabkan PKP,” ujarnya.

Adalah difahamkan , pengagihan bakul makanan yang seterusnya bagi DUN Balingian akan sambung lagi setelah mendapat bekalan daripada pembekal di Mukah.

Selain  Ketua Kampung (KK) Mazlan, juga kelihatan semasa pengagihan ialah Pegawai Khas DUN Balingian; Che Ghazali Arbi, EXCO Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Negeri; Royston Valentine, Ketua Pemuda PBB, Ranting PBB tempatan; Kenek Neng.

Continue Reading

Previous: Senator sumbang 500 penutup mulut, hidung
Next: Simpan resit pembelian, cekup peniaga cekik darah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.