Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Empat daripada 80 premis jualan ayam, daging diperakui halal
  • TEMPATAN

Empat daripada 80 premis jualan ayam, daging diperakui halal

Utusan Sarawak 2 years ago

LAWATAN… Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi semasa melawat dan melihat proses jualan ayam di Choice Ria Semariang, hari ini.

KUCHING: Tinjauan pematuhan premis dan syarikat terhadap standard Pensijilan Halal Malaysia dikawal rapi.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, terdapat lebih 80 premis jualan ayam dan daging di seluruh Sarawak dan empat daripadanya mempunyai Pensijilan Halal Malaysia seperti Choice Ria Astana, Choice Ria Ajibah Abol, Choice Ria Semariang dan CCK Matang.

“Pensijlan Halal Malaysia bagi premis-premis jualan ini adalah antara usaha Majlis Islam Sarawak bagi memudahkan masyarakat Islam untuk mendapatkan ayam dan daging yang dipersijilkan halal di premis jualan.

“Majlis Islam Sarawak akan terus berusaha untuk memperbanyakkan pensijilan halal bagi premis jualan ayam dan daging di seluruh Wilayah Sarawak,” ujar beliau.

Beliau bersama Ahli Jawatankuasa Halal Majlis Islam Sarawak membuat lawatan ke K&LFarming Food Industries Sdn Bhd dan Choice Ria Semariang, hari ini berkesempatan melihat proses penyembelihan ayam di premis yang telah beroperasi hampir 30 tahun dan mampu membekalkan lebih 15,000 ayam disembelih sehari.

“Terdapat 16 rumah sembelihan yang mempunyai Pensijilan Halal Malaysia di Sarawak dan salah satunya adalah K&L Farming Food Industries Sdn Bhd.

“Ayam ini dipasarkan di premis jualan seperti K&L Farming, Aeon Kuching, Everise, Everwin, Farley dan pembeli-pembeli dari Kuching sehingga Miri.

“K&L Farming Food Industries sedang dalam proses untuk mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia untuk outlet- outlet jualannya di seluruh Sarawak,” katanya semasa ditemui pemberita di K&L Farming Food Industries Sdn Bhd, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Halal Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha dan Pengurus Choice Samariang, Shenton Chai.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: KKM beri tumpuan naik taraf klinik kesihatan daif
Next: Pusat kitar semula di BDC tidak selamat dikunjungi orang awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.