Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Empat cedera ambulans terbabas dalam parit
  • NASIONAL

Empat cedera ambulans terbabas dalam parit

Utusan Sarawak 10 months ago
KEJADIAN pada 3.30 pagi itu membabitkan pesakit lelaki berusia 68 tahun serta dua lelaki dan seorang wanita yang merupakan petugas KKM berusia lingkungan usia 20 hingga 57 tahun.

IPOH: Empat individu termasuk seorang lelaki warga emas cedera selepas ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) dinaiki mereka terbabas ke dalam parit berdekatan Jalan Tol Kamunting, Taiping di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian pada 3.30 pagi itu membabitkan pesakit lelaki berusia 68 tahun serta dua lelaki dan seorang wanita yang merupakan petugas KKM berusia lingkungan usia 20 hingga 57 tahun.

“Lelaki warga emas dan wanita berkenaan mengalami kecederaan parah manakala dua lelaki pula hanya cedera ringan.

“Warga emas itu adalah pesakit yang dibawa menaiki ambulans dari Hospital Parit Buntar ke Hospital Taiping bagi pemeriksaan kesihatan. Kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Hospital Parit Buntar,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Taiping menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). – Bernama

Continue Reading

Previous: “Living with Covid-19”
Next: Menteri dikenakan tindakan disiplin jika guna jentera kerajaan untuk kempen pilihan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.