Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Elon Musk sumbang AS$75 juta bantu kempen Trump
  • GLOBAL

Elon Musk sumbang AS$75 juta bantu kempen Trump

Utusan Sarawak 8 months ago

Elon Musk

HOUSTON (Amerika Syarikat): Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk kini menjadi seorang daripada penderma utama Republikan dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2024, dengan menyumbangkan hampir AS$75 juta (kira-kira RM323 juta) untuk membantu Donald Trump dipilih semula ke Rumah Putih.

Musk yang dianggap sebagai individu terkaya di dunia, adalah penderma tunggal kepada PAC Amerika, sebuah jawatankuasa tindakan politik yang ditubuhkannya, yang membelanjakan kira-kira AS$72 juta bagi menyokong usaha Trump untuk kembali menjadi presiden.

Jumlah dana yang dikumpulkan itu diperoleh daripada pemfailan suku tahunan Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan (FEC) bagi tempoh antara Julai dan September, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik data yang dikeluarkan oleh FEC pada Selasa.

Musk menyokong Trump pada Julai, selepas satu percubaan pembunuhan gagal terhadap bekas presiden itu di negeri Pennsylvania.

Sejak itu, PAC memfokuskan usahanya di negeri medan pertempuran utama dan menjadi cabang pengumpulan dana yang penting bagi kempen Trump, dengan Musk menyertai bekas presiden itu di atas pentas dalam satu perhimpunan kempen yang diadakan di tapak percubaan pembunuhan Trump.

Penderma utama Republikan lain yang disenaraikan dalam laporan itu termasuk pelabur kapitalis teroka Marc Andreessen dan Ben Horowitz, yang masing-masing menyumbangkan AS$2.5 juta kepada PAC super yang mengumpul dana untuk bekas presiden itu. – BERNAMA-ANADOLU

Continue Reading

Previous: Sut Prada dipakai angkasawan untuk misi ke bulan
Next: Lagi ancaman bom babitkan penerbangan India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.