Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Elak pergerakan ke kampung halaman
  • TEMPATAN

Elak pergerakan ke kampung halaman

Utusan Sarawak 5 years ago
DATO AIDI ISMAIL

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Aidi Ismail menggesa orang ramai supaya tidak berpusu-pusu balik ke kampung semasa musim perayaan yang akan datang bagi mengelakkan wabak Covid-19 daripada menular.

Melalui pesanan Aidilfitri dan Gawai Dayak di laman Facebooknya kelmarin, Aidi berkata, pihak polis akan membuat sekatan jalan di seluruh negeri untuk memastikan pergerakan orang ramai kampung halaman terkawal.

Beliau berkata, sekarang adalah masanya untuk orang ramai mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) demi keamanan dan keselamatan semua terjaga sepanjang musim perayaan ini.

Aidi berkata, beliau memahami perasaan tidak dapat merayakan perayaan ini bersama keluarga tetapi ia amat perlu pada masa sekarang untuk mengelakkan penularan wabak ini.

Setakat ini, Sarawak mencatat kes sifar bagi Covid-19 selama tujuh hari berturut-turut dan Samarahan telah bertukar menjadi zon hijau. Jumlah kematian setakat ini adalah 17.

Continue Reading

Previous: Enam dicekup dalam operasi pencegahan dadah
Next: 372 bungkus makanan diagih di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.