Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Eksport sarung tangan lonjak 16 peratus
  • BISNES

Eksport sarung tangan lonjak 16 peratus

Utusan Sarawak 5 years ago
Pandemik itu telah melonjakkan eksport getah negara ini khususnya sarung tangan getah.

BANGKOK: Eksport sarung tangan getah Thailand meningkat 16 peratus tahun ke tahun bagi tempoh Januari hingga April tahun ini, susulan pandemik Covid-19.

Ketua Pengarah Jabatan Perundingan Perdagangan di bawah Kementerian Perdagangan Thailand, Auramon Supthaweethum berkata, pandemik itu telah melonjakkan eksport getah negara ini, khususnya sarung tangan getah.

“Permintaan global terhadap sarung tangan perlindungan meningkat. Bagi empat bulan pertama, nilai eksport sarung tangan getah menokok 16 peratus kepada AS$449.2 juta (AS$1=RM4.34) daripada angka pada tempoh yang sama 2019,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tahun lepas, Thailand mengeluarkan lebih 20 bilion sarung tangan getah — 89 peratus atau AS$1.2 bilion daripadanya adalah bagi pasaran eksport.

10 pasaran utama bagi eksport sarung tangan getah Thailand termasuk Amerika Syarikat dengan eksport bernilai AS$193.90 juta, disusuli Kesatuan Eropah (AS$82.90 juta), China (AS$31 juta), Jepun (AS$22.60 juta) dan ASEAN (AS$18.30 juta). – Bernama

Continue Reading

Previous: MESR tangani krisis ekonomi
Next: Nilai sumber mineral negara RM4.1 trilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.