Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Eksklusif: Chieng gesa semakan semula langkah baharu sistem parkir MPS
  • Tengah
  • WILAYAH

Eksklusif: Chieng gesa semakan semula langkah baharu sistem parkir MPS

Utusan Sarawak 8 hours ago
CHIENG….Dalam satu pertemuan bersama pihak MPS yang turut dihadiri beberapa pemimpin masyarakat bagi menyampaikan kebimbangan serta maklum balas orang ramai berhubung pelaksanaan sistem parkir berkenaan, hari ini.

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng menggesa Majlis Perbandaran Sibu (MPS) meneliti semula pelaksanaan langkah baharu sistem parkir bagi memastikan ia lebih adil, praktikal dan mesra pengguna.

Beliau berkata, gesaan itu disampaikan dalam satu pertemuan bersama pihak MPS yang turut dihadiri beberapa pemimpin masyarakat bagi menyampaikan kebimbangan serta maklum balas orang ramai berhubung pelaksanaan sistem parkir berkenaan.

Menurutnya, beliau menyokong usaha ke arah bandar pintar dan penambahbaikan pengurusan parkir, namun setiap dasar yang diperkenalkan perlu mengutamakan kepentingan rakyat.

“Sebarang dasar perlu dilaksanakan secara adil, telus dan berorientasikan rakyat,” jelasnya.

Dalam pertemuan itu, beliau mengemukakan empat cadangan utama kepada pihak MPS, iaitu menjelaskan asas perundangan bagi pelaksanaan saman RM150, memperkenalkan tempoh antara lima hingga 10 minit sebelum tindakan dikenakan bagi membolehkan pengguna membuat bayaran parkir, menambah baik aplikasi parkir supaya lebih mesra pengguna khususnya warga emas serta mengembalikan semula kemudahan parkir percuma pada waktu tengah hari.

Chieng berkata, semua maklum balas yang diterima daripada masyarakat di peringkat akar umbi telah diserahkan kepada pihak majlis untuk dipertimbangkan.

Beliau berharap pihak berkuasa dapat mendengar pandangan rakyat dan membuat semakan menyeluruh terhadap langkah baharu itu agar sistem parkir yang dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada semua pengguna.

“Saya merakamkan penghargaan kepada pemimpin masyarakat yang hadir bersama dalam sesi dialog berkenaan dan bersama-sama menyuarakan kebimbangan rakyat,” ujarnya.

Terdahulu, pelaksanaan langkah baharu sistem parkir MPS telah mengundang pelbagai reaksi warganet.

Antara aduan yang viral di media sosial ialah sistem aplikasi yang tidak mesra pengguna, tidak mesra warga emas dan kekurangan standard penguatkuasaan yang jelas.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Komuniti nelayan Sematan terima bantuan lebih RM577,000
Next: Buaya 5.03 meter tumpas di Tatau, operasi buru sang bedal diteruskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.