Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ejen insurans ugut bunuh pelanggan ditahan
  • JENAYAH

Ejen insurans ugut bunuh pelanggan ditahan

Utusan Sarawak 11 months ago
KETUA Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan kelmarin susulan laporan polis dibuat oleh mangsa yang merupakan seorang penghantar makanan.

BALIK PULAU: Polis menahan seorang ejen insurans bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan bunuh terhadap pelanggannya di Bayan Lepas di sini dalam kejadian pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan kelmarin susulan laporan polis dibuat oleh mangsa yang merupakan seorang penghantar makanan.

“Lelaki berusia 28 tahun itu membuat laporan polis pada Rabu (kelmarin) dan memaklumkan dia menghubungi ejen tersebut kerana mahu membatalkan polisi insurans berikutan tidak mampu untuk membayar serta tidak lagi berminat untuk meneruskannya.

“Ejen itu mengugut untuk membunuh mangsa jika dia membatalkan polisi insurans tersebut dan suspek juga memaklumkan akan membayar polisi insurans lelaki itu bagi tempoh tiga bulan supaya cukup tempoh satu tahun  melanggan polisi insurans berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kamarul Rizal berkata, suspek turut mengugut mangsa sekiranya mendapat tahu lelaki itu ke pejabatnya untuk membatalkan insurans.

Menurutnya, ejen insurans itu kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Wanita warga emas ditemukan maut disyaki dibunuh
Next: Warga emas seorang mekanik kapal kempunan dapat Toyota Alphard rugi lebih RM17,220

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.