SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengedarkan kalender dan hadiah tahun baharu 2025 kepada penduduk di Sungai Bidut dan tebingan barat bandar Sibu, semalam.
Program tersebut yang berlangsung di jeti feri Sungai Bidut diketuai Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau.
Kanuselor Lau yang juga Ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) berkata, penganjuran majlis ringkas itu amat bermakna kepada semua dan mendoakan kedamaian serta kebahagiaan di tahun baharu 2025.
“Mengedarkan hadiah kecil pada tahun baharu kepada penduduk amat bermakna kerana ia mempunyai permulaan yang baik, melambangkan keamanan dan kemakmuran kepada semua,” katanya.
Katanya, memanfaatkan hari pertama 2025 untuk berinteraksi dengan penduduk adalah permulaan yang baik.
“Saya berharap dapat terus bergerak maju seiring dengan penduduk di kawasan ini dan mencipta masa depan yang lebik baik untuk Bawang Assan,” katanya.
Turut hadir Penghulu Wong Ung, Kapitan Tang Chin Teck, Kapitan Hii Siek Nguok, Kaunselor Rory Wong dan Kaunselor Justin Wong.
Oleh AKUN GIMAN