Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Edar hampir 200kg syabu, mekanik diarah bela diri
  • JENAYAH

Edar hampir 200kg syabu, mekanik diarah bela diri

Utusan Sarawak 1 year ago
HAKIM Datuk Dr Lim Hock Leng

TAWAU: Mahkamah Tinggi di sini hari memerintahkan seorang mekanik membela diri atas pertuduhan mengedar dadah hampir 200 kilogram dadah pada 2021.

Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng membuat keputusan itu terhadap Tai Chee Khiong, 51, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Tai didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 199,950.1 gram di Kampung Batu Payung, Tawau, pada 7.30 pagi, 6 September 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama, memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Seramai lima saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan pada 27 dan 28 November lepas.

Mahkamah menetapkan esok (5 Dis) untuk tertuduh membela diri.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain manakala tertuduh diwakili peguam Darmin Acok. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kes Culik Wartawan Bangladesh: Seorang anggota polis ditahan kerja
Next: Mayat dalam kolah: Polis kesan dua lelaki warga asing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.