Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • e-LASIS JADI CONTOH
  • TEMPATAN

e-LASIS JADI CONTOH

Utusan Sarawak 4 years ago
RASMI …Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg melakukan simbolik Pelancaran Kompilasi Piktorial Metamorfosis Evolusi Inovasi dan Kualiti JTS pada Majlis Perjumpaan Pegawai Tanah Dan Survei (LANDAS) di Menara Pelita, Kuching, semalam.

KUCHING: Sistem maklumat Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak yang dikenali sebagai aplikasi e-LASIS telah menjadi contoh di seluruh Malaysia.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, dia mengetahui mengenai perkara ini apabila berkomunikasi dengan pegawai dari Semenanjung Malaysia semasa lawatan kerja  Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada beberapa hari lalu.

“Ketika rakan-rakan dari Semenanjung Malaysia datang ke Sarawak dan kami bercakap mengenai tanah, saya memberitahu mereka bahawa JTS ada aplikasi sendiri iaitu e-LASIS atau Mobile LASIS .

“Ini adalah satu pencapaian yang tinggi dan saya telah difahamkan bahawa di Semenanjung Malaysia juga mengambil ini sebagai contoh dan teknologinya adalah teknologi yang terkini.

“Melalui aplikasi ini kita mendapat maklumat yang terkini mengenai hal ehwal tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Pegawai Tanah Dan Survei (LANDAS) di Menara Pelita di sini, semalam.

Abang Johari turut memuji JTS di atas pencapai yang telah sangat baik, dan ini perlu dicontohi oleh jabatan yang lain.

“Setelah melancarkan e-LASIS saya telah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengadaptasi aplikasi ini dan sekarang JKR sudah ada aplikasi sendiri.

“Saya tahu kerana saya masuk ke laman web, kalau tidak ada dekat sana maksudnya mereka tidak buat.

“Dengan adanya kemudahan seperti ini, kita dapat melihat tahap pembangunan dan pelaksanaan  daripada sesebuah jabatan itu melalui website tersebut,” ujarnya.

Katanya, ini adalah satu pendekatan yang harus dicontohi oleh jabatan-jabatan yang lain di negeri ini.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Ikan terubok, ambal jadi tumpuan
Next: DUBS terima dana RM20 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.