Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Dzulkefly, Najib masih bincang untuk selesaikan kes saman
  • MAHKAMAH

Dzulkefly, Najib masih bincang untuk selesaikan kes saman

Utusan Sarawak 2 months ago
DATUK Seri Najib Tun Razak (tengah) ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berbincang untuk menyelesaikan kes saman yang difailkan Menteri Kesihatan itu terhadap bekas Perdana Menteri tersebut berhubung hantaran mengenai isu kronisme di akaun Facebooknya.

Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mewakili Najib, memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas prosiding dalam kamar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Arziah Mohamed Apandi.

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (tengah) ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. Dzulkefly dan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berbincang untuk menyelesaikan kes saman yang difailkan Menteri Kesihatan itu terhadap bekas Perdana Menteri tersebut berhubung hantaran mengenai isu kronisme di akaun Facebooknya. Foto BERNAMA

“Kedua-dua pihak sedang berusaha mencapai penyelesaian secara baik. Kami telah berbincang mengenai perkara ini, dan pengurusan kes ditetapkan pada 7 April,” kata peguam itu.

Sementara itu, Dzulkefly ketika ditemui pemberita berkata “Kita sedang berbincang”.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan perbicaraan kes saman tersebut bermula hari ini.

Pada Januari 2022, Dzulkefly memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi mendakwa, Najib memuat naik satu hantaran fitnah di Facebooknya pada 24 Ogos 2020 mengenai isu kronisme, berserta satu lampiran paparan skrin artikel Sinar Harian bertarikh 28 Jan 2019 dengan gambar wajah plaintif.

Menurut Dzulkefly, hantaran itu membawa maksud beliau mengamalkan kronisme dengan menawarkan jawatan atau lantikan kepada saudara-mara tanpa sebarang penilaian objektif terhadap keupayaan pemegang jawatan dalam syarikat kerajaan atau swasta.

Beliau mendakwa hantaran itu diterbitkan dengan niat untuk menyerangnya secara peribadi, menjatuhkan maruah serta mengaibkannya, selain bermotifkan politik bagi mencemarkan reputasinya.

Najib dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 29 Mac 2022 menafikan dakwaan itu, dengan menyatakan hantaran mengenai isu kronisme di akaun Facebooknya tidak merujuk kepada Dzulkefly, sebaliknya kepada gabungan parti Pakatan Harapan (PH). – Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Datuk dipenjara 32 tahun rogol cucu hingga mengandung
Next: Abang dihukum penjara 11 tahun, adik dihantar ke Henry Gurney

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.