Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Sarawak terus laksana langkah proaktif perluas liputan internet
  • TEMPATAN

DUN: Sarawak terus laksana langkah proaktif perluas liputan internet

Utusan Sarawak 6 months ago

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi. Foto HERIEY NAHA

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak terus melaksanakan langkah proaktif untuk memperluas liputan internet di negeri ini melalui program Sarawak Linking Urban, Rural and Nation (SALURAN) sebagai intervensi tambahan kepada usaha sedia ada oleh Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) 

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah memperuntukkan RM2.3 bilion bagi pelaksanaan program ini. 

“Salah satu komponen utama adalah pembinaan menara Telekomunikasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART) di kawasan luar bandar,” katanya

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Mengenai pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan, beliau menjelaskan sebanyak 876 daripada 901 menara telekomunikasi telah siap dibina dengan 481 telah mula beroperasi di bawah Fasa 1 pelan ini. 

Sebagai usaha menambah baik perkhidmatan internet kepada rakyat, beliau berkata kerajaan Sarawak melalui Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) telah memperkenalkan Pelan Prabayar Rangkaian Jalur Lebar Luar Bandar Sarawak (MySRBN) bermula 7 Julai lalu.

Pelanggan yang melanggan pelan ini akan menikmati peralatan dan pemasangan percuma bernilai RM1,150 serta kuota data 300 Megabyte (MB) setiap bulan.

“Pelan ini adalah antara yang termurah berbanding pelan internet komersial lain. Ia bertujuan meringankan beban kos rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata inisiatif ini mencerminkan komitmen kerajaan Sarawak untuk memperkukuh jaringan telekomunikasi, sekali gus meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui akses internet yang lebih luas dan mampu milik.

Oleh Noor Ikmal

Continue Reading

Previous: DUN: 6,545 guru sertai program CPD 
Next: DUN: RM20 bilion diperlukan untuk realisisasikan liputan penuh bekalan air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.