Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Sarawak sasar SSL beras 60 peratus menjelang 2030
  • TEMPATAN

DUN: Sarawak sasar SSL beras 60 peratus menjelang 2030

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Martin Ben, hadir pada sidang DUN di Kompleks DUN, Petra Jaya. Foto: Masrin Affirah

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak menyasarkan Tahap Sara Diri (SSL) beras sebanyak 60 peratus dan daging lembu 25 peratus menjelang 2030 menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Komoditi & Pembangunan Wilayah), Datuk Martin Ben berkata, strategi itu memberi tumpuan kepada peningkatan pengeluaran domestik, peluasan kawasan pertanian dan penggunaan teknologi dalam sektor makanan.

“Kementerian telah mengenal pasti kira-kira 15,000 hektar tanah berpotensi tinggi untuk penanaman padi komersial, dengan 6,176 hektar sudah diluluskan untuk pelaksanaan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 2,325.32 hektar Tanah Negeri telah diwartakan sebagai kawasan penanaman padi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dato Miro Simuh (GPS-Serembu) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN, hari ini.

Beliau mengulas lanjut bahawa populasi lembu dan kerbau di Sarawak turut meningkat daripada 19,562 ekor pada 2023 kepada 21,024 ekor pada 2025 hasil program pembiakan dan penggunaan teknologi penternakan moden.

Bagaimanapun, beliau berkata pelaksanaan strategi keselamatan makanan masih berdepan beberapa cabaran.

“Antara cabaran yang dikenal pasti termasuk pemilikan tanah yang berpecah-pecah, peningkatan kos input pertanian, kelemahan infrastruktur luar bandar serta penggunaan teknologi yang masih rendah.

“Bagi mengatasi isu tersebut, kerajaan melaksanakan langkah seperti pertanian berkelompok, penambahbaikan infrastruktur dan latihan penggunaan teknologi pertanian pintar,” jelasnya.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: DUN: Transformasi SEDC penting untuk masa depan Sarawak
Next: DUN: Taman Negara Bukit Keluan termasuk Air Terjun Three Sisters dicadang diwartakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.