Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • DUN: Sarawak perkasa intervensi awal kanak-kanak menerusi pendigitalan
  • PENDIDIKAN

DUN: Sarawak perkasa intervensi awal kanak-kanak menerusi pendigitalan

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATO Sri Fatimah Abdullah ketika ucapan penggulungan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

PETRA JAYA: Sarawak terus memperkukuh agenda pembangunan awal kanak-kanak menerusi pelbagai inisiatif pendigitalan termasuk penggunaan aplikasi MySeDidik dan program saringan perkembangan awal berasaskan teknologi.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, langkah itu bertujuan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini.

Menurutnya, aplikasi MySeDidik yang diperkenalkan sejak Januari lalu kini digunakan di semua 107 pusat SeDidik seluruh Sarawak.

Beliau berkata, setakat 12 Mei lalu, seramai 5,975 daripada 6,059 ibu bapa dan penjaga menggunakan aplikasi berkenaan bagi memantau kehadiran, aktiviti harian dan perkembangan anak-anak mereka.

“Ini mencerminkan komitmen SeDidik ke arah ekosistem pendidikan awal kanak-kanak yang lebih responsif, berhubung dan berpusatkan kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Dalam masa sama, kerajaan negeri turut memperluas Program Saringan Perkembangan Awal TOY8 yang menggunakan teknologi saringan perkembangan awal kanak-kanak hasil kerjasama dengan syarikat dari Jepun.

Fatimah berkata, setakat ini seramai 95 guru telah dilatih dan 635 kanak-kanak menjalani saringan perkembangan berstruktur.

Daripada jumlah itu, 82 kanak-kanak dikenal pasti mempunyai tanda amaran perkembangan dan 70 berjaya memasuki program intervensi awal.

Beliau berkata, pada tahun ini program tersebut diperluaskan ke semua pusat SeDidik dengan sasaran 140 guru dilatih dan 1,800 kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun menjalani saringan.

Menurutnya, pendekatan intervensi awal amat penting bagi memastikan kanak-kanak mendapat sokongan tepat sebelum memasuki alam persekolahan.

Dalam perkembangan berkaitan, Pusat Sehenti Intervensi Awal (OSEIC) sejak 2020 telah membantu 1,368 kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan dan keperluan khas.

Daripada jumlah itu, 518 kanak-kanak berjaya menamatkan program intervensi termasuk sebahagian yang berjaya memasuki pendidikan arus perdana.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: KPT bakal perluas Program Kembara Pendidikan Tinggi ke seluruh negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.