Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Sarawak berdepan cabaran capai sasaran 60 peratus tahap sara diri 
  • TEMPATAN

DUN: Sarawak berdepan cabaran capai sasaran 60 peratus tahap sara diri 

Utusan Sarawak 6 months ago

Datuk Dr Abdul Rahman Ismail pada sesi soal-jawab di sidang DUN hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Sarawak berdepan cabaran untuk mencapai sasaran 60 peratus tahap sara diri bagi pengeluaran beras.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, antaranya adalah infrastruktur sistem pengairan dan saliran yang tidak lengkap.

“Faktor lain ialah penggunaan benih padi varieti tradisional yang mempunyai hasil pengeluaran rendah, penggunaan mekanisme dan automasi ladang yang rendah dalam kalangan pesawah.

“Selain itu, ketersediaan tanah untuk diusahakan syarikat swasta atau peneraju adalah terhad dan kekurangan kemudahan pengurusan lepas tuai,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Nicholas Kudi Jantai (GPS-Baleh) pada sesi jawapan lisan di sidang DUN hari ini.

Abdul Rahman juga berkata seramai 395 pesawah dan 585 penanam padi bukit di kawasan Merit dengan jumlah kawasan tanaman 980 hektar telah menerima manfaat melalui Skim Baja dan Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) serta Skim Baja dan Racun Padi Bukit (SBRPB), dengan jumlah nilai bantuan sebanyak RM960,838.00 untuk 2024. 

Selain itu katanya, kementerian telah mengenal pasti kawasan Sungai Tunoh, Kapit yang berkeluasan 216 hektar sesuai untuk penanaman padi.

Beliau berkata lokasi itu telah dicadangkan dalam senarai perancangan kerajaan untuk dibangunkan dengan kemudahan infrastruktur asas pengairan dan saliran. 

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: DUN: JPS arah ‘henti kerja’ roboh kuarters jururawat lama Hospital Umum Sarawak
Next: DUN: Sarawak mahu tubuh Pusat Perubahan Iklim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.