Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Kini bantuan RM1,200 untuk semua pelajar tanpa mengira pendapatan keluarga – Abang Johari
  • SEMASA

DUN: Kini bantuan RM1,200 untuk semua pelajar tanpa mengira pendapatan keluarga – Abang Johari

Utusan Sarawak 6 months ago

Abang Johari ketika menggulung perbahasan di hari terakhir sidang DUN hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Pemberian bantuan kewangan RM1,200 kepada semua pelajar Sarawak yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara kini diberi tanpa mengira pendapatan keluarga.  

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata pengumuman yang dibuat sebelum ini adalah bantuan itu untuk pelajar daripada golongan berpendapatan rendah dengan pendapatan isi rumah per kapita RM1,500 ke bawah.

Namun katanya, susulan kebimbangan yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengenai kriteria kelayakan tersebut, kerajaan Sarawak memutuskan untuk meluaskan bantuan ini kepada semua pelajar Sarawak tanpa mengira pendapatan keluarga.  

“Ini adalah komitmen kerajaan GPS untuk memastikan kebajikan bakat muda kita terjaga. Pelajar kita adalah aset penting yang akan menyumbang kepada kemajuan Sarawak pada masa hadapan,” katanya ketika meggulung perbahasan di hari terakhir sidang DUN di sini hari ini.

Bantuan kewangan itu akan memberi manfaat kepada 25,000 pelajar anak Sarawak.

Abang Johari berkata langkah itu adalah bagi membolehkan pelajar dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran mereka tanpa perlu bimbang tentang kekurangan dana untuk keperluan asas seperti makanan atau pengangkutan. 

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Penjawat awam Sarawak terima bonus dua bulan gaji, RM700 untuk penjawat awam persekutuan
Next: DUN: JKR Sarawak laksana 146 projek persekutuan bernilai RM2.26 bilion – Uggah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.