DUN: Kerja naiktaraf terminal Sarikei

Facebook
WhatsApp

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan peruntukan RM100,000 untuk projek penambahbaikan terminal di Daerah Sarikei bagi 2023.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Henry Harry Jinep berkata kerja-kerja naik taraf terminal itu termasuk mengecat bangunan terminal, menaik taraf tandas, papan tanda tambahan, penggantian jubin lantai dan lampu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii pada sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata kementeriannya pada masa ini tidak bercadang untuk membina dermaga baharu di Sarikei.

“Ini memandangkan dua terminal penumpang sedia ada masih selamat dan kukuh dari segi struktur serta mencukupi untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat.

“Namun demikian, bagi 2023, peruntukan akan disediakan untuk penambahbaikan terminal tersebut,” katanya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

PRN NS: Anthony Loke Tewas di DUN Chennah

SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah selepas tewas kepada calon Barisan Nasional