Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: 2025 tahun lestasi, asah kemahiran teknologi belia
  • TEMPATAN

DUN: 2025 tahun lestasi, asah kemahiran teknologi belia

Utusan Sarawak 6 months ago

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama timbalan-timbalannya dan pegawai kementerian. Foto HERRIEY NAHA.

PETRA JAYA: Tahun 2025 bakal menjadi lembaran baharu bagi belia Sarawak dengan tumpuan kepada pembangunan kemahiran teknologi dan kelestarian hijau menerusi pelbagai inisiatif di bawah Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata kementerian itu akan memperkenalkan program ‘Futurizing The Youth’ dengan fokus untuk melengkapkan generasi muda Sarawak dengan kemahiran yang relevan dalam dunia kian berubah pantas.

Beliau berkata, sebagai sebahagian inisiatif itu, Futurize Youth @ AI akan melatih lebih 500 belia Sarawak dalam kemahiran kecerdasan buatan (AI), menyediakan mereka untuk kerjaya dalam sektor teknologi tinggi. 

“Langkah ini sejajar dengan matlamat Sarawak untuk memacu pertumbuhan sektor berteknologi tinggi.

“Program ini bertujuan bukan sahaja untuk meningkatkan kebolehpasaran belia malah menyokong aspirasi Sarawak sebagai hab teknologi di Malaysia,” katanya ketika menggulung perbahasan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyatakan kementerian juga komited untuk melibatkan belia sebagai peneraju utama dalam inisiatif hijau dengan beberapa pendekatan utama iaitu Kesedaran dan Pendidikan Hijau, Amalan Kelestarian di acara utama dan Penyelesaian Hijau Inovatif.

“Dengan inisiatif ini, belia bukan sahaja menjadi penggerak kelestarian malah turut memainkan peranan penting dalam mencipta masa depan lebih hijau untuk Sarawak,” katanya.

Oleh Noor Ikmal

Continue Reading

Previous: DUN: 3,674 unit kuarters akan dibina tahun depan
Next: DUN: RM240 juta untuk jayakan SUKMA 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.