Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua tebusan dibebaskan dalam kes culik di bank California
  • GLOBAL

Dua tebusan dibebaskan dalam kes culik di bank California

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANGGOTA polis Bakersfield berada di lokasi kejadian susulan ancaman bom yang dilaporkan pada Selasa di sebuah bangunan bank Chase di Bakersfield. Foto: AGENSI

LOS ANGELES: Dua tebusan dilaporkan dibebaskan ketika rundingan dengan seorang lelaki yang menahan beberapa individu di sebuah bank di Bakersfield, California masih diteruskan, lapor Xinhua memetik media Amerika Syarikat (AS) semalam.

Polis dikerah ke cawangan Chase Bank di bandar itu selepas turut menerima laporan mengenai ancaman bom.

Menurut laporan media tempatan, beberapa bangunan di pusat bandar Bakersfield termasuk dewan bandar raya dan ibu pejabat polis tempatan ditutup selepas Jabatan Polis Bakersfield menerima maklumat mengenai ancaman itu.

Polis berkata suspek, yang dipercayai memakai bahan letupan pada tubuhnya, bertindak mengurung diri di dalam bangunan bank bersama beberapa orang awam. 

Bagaimanapun, jumlah sebenar tebusan tidak dinyatakan.

“Setakat ini, individu lain masih berada di dalam bangunan dan semuanya dilaporkan dalam keadaan baik,” kata Sarjan Jabatan Polis Bakersfield Eric Celedon kepada televisyen tempatan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 21 maut dalam kebakaran hotel di New Delhi, India
Next: 3 lagi ditahan berhubung kes curi 423 juta yen di Tokyo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.