Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dua sekolah ditutup tujuh hari
  • TEMPATAN

Dua sekolah ditutup tujuh hari

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak mengeluarkan arahan penutupan Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Penrissen, Kota Samarahan dan Sekolah Kebangsaan Jalan Haji Baki di sini untuk tempoh tujuh hari mulai semalam hingga 1 November berikutan pengesahan kes Covid-19.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya memaklumkan penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan di dua sekolah berkenaan.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Abang Mat Ali Abang Masagus berkata guru dan petugas di kedua-dua sekolah terbabit telah disarankan bekerja dari rumah sepanjang tempoh penutupan itu.

Guru yang terlibat turut disarankan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian dan keupayaan akses telekomunikasi pelajar mereka.

SMK Wira Penrissen dan SK Jalan Haji Baki ditutup tujuh hari selepas seorang pelajar sekolah berkenaan disahkan positif Covid-19. – Bernama

Continue Reading

Previous: 1,100 tukun tiruan ditanam di perairan Sampadi-Tanjung Datu
Next: Sarawak bayar pampasan RM13.8juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.