Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dua sekolah dinaiki air
  • TEMPATAN

Dua sekolah dinaiki air

Utusan Sarawak 5 years ago
KEADAAN banjir di SK Nanga Ibun.

KAPIT: Sekolah Kebangsaan (SK) Temenggong Koh dinaiki air setinggi 2.5 meter awal pagi semalam (Ahad ).

Menurut Pemangku Ketua Bomba Zon 4 Sibu PgKB II Wan Kamaruddin Wan Ahmad, trend air di kawasan sekolah berkenaan menunjukkan trend menaik sejak jam 2.00 pagi semalam.

“Namun, tiada sebarang operasi pemindahan dilakukan memandangkan semua murid asrama telah balik ke kampung pada hujung minggu,” jelasnya menerusi satu kenyataan, semalam.

Katanya lagi, banjir berlaku secara mendadak kira-kira jam 4 pagi Ahad menyebabkan sebuah lagi sekolah lain iaitu SK Nanga Ibun ditenggelami air lebih kurang lima kaki.

“Antara kawasan sekolah yang terjejas ialah kawasan dewan makan, blok pentadbiran dan blok pra sekolah.

“Bagaimanapun, bangunan lain tidak terkena banjir kerana berada di kawasan yang lebih tinggi.

“Ketika kejadian sekolah tidak beroperasi dan murid-murid sekolah balik kampung hujung minggu,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Ibu bapa berperanan galakkan anak membaca
Next: Sambung pengajian di UiTM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.