Dua rumah setingkat terbakar di Buntal Seafood Centre

Facebook
WhatsApp
KEADAAN dua rumah setingkat yang terbakar dalam kejadian di Buntal Seafood Centre, Jalan Kampung Buntal, Kuching, petang ini.

KUCHING: Dua rumah setingkat jenis kekal musnah dalam satu kejadian kebakaran di Buntal Seafood Centre, Jalan Kampung Buntal, di sini, petang ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.14 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dengan bantuan BBP Padungan digerakkan ke lokasi.

Menurut laporan, kebakaran melibatkan dua rumah konkrit.

ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan berhampiran.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak menjalankan operasi pemadaman bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan.

Setakat laporan ini disediakan, tiada mangsa dilaporkan terlibat, manakala operasi pemadaman masih dijalankan.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Oleh Shahrul Qaizat

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis