
LIMBANG: Dua rumah ranap dalam kebakaran di Rumah Libau Kampung Sepangah pagi inii.
Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata sepasukan anggota dikerah ke lokasi yang jauhnya 40 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang sebaik menerima panggilan 10.44 pagi.

Katanya kebakaran melibatkan satu unit rumah sewa yang mempunyai empat pintu yang terbakar keseluruhan dan satu rumah persendirian yang ranap 80 peratus.
“Anggota menggunakan teknik taktik pemadaman secara ofensif bagi memadam kebakaran menggunakan sumber air pili bomba dengan jarak 500 kaki dari lokasi kebakaran.
“Kebakaran tiada melibatkan mangsa dan anggota sedang melakukan kerja baik pulih di lokasi,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu seramai tujuh anggota dan dua jentera bomba terlibat dalam operasi pemadaman.
Oleh Adeng Edrus




