Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua prospek PPS terima bantuan menerusi Program LIFE
  • Tengah
  • WILAYAH

Dua prospek PPS terima bantuan menerusi Program LIFE

Utusan Sarawak 3 months ago
MANFAATKAN SEBAIKNYA…. Mohd Rusli (empat, kanan) bersama warga Penjara Pusat Sibu menyerahkan bantuan di bawah Program LIFE siri kedua kepada salah seorang prospek, semalam.

SIBU: Majlis penyerahan bantuan peralatan perniagaan di bawah Program Low Income Family Empowerment (LIFE) peringkat Penjara Pusat Sibu (PPS) untuk kali kedua telah berlangsung di Dewan Kakitangan PPS, semalam.

Seramai dua orang prospek terlibat yang telah menerima bantuan berupa peralatan membuat kuih-muih dan jentera memgangkut buah sawit.

Pemberian bantuan ini berdasarkan pekerjaan mereka sebelum ini, minat dan kemahiran.

Program ini merupakan inisiatif Majlis Pembangunan Sosial, Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti dengan kerjasama Pejabat Pengarah Penjara Sarawak bagi membantu memperkasa prospek substans dalam membina kehidupan yang lebih stabil.

BANTUAN…. Mohd Rusli (enam, kanan) bersama kakitangan PPS serta penerima bantuan di bawah Program LIFE peringkat PPS bagi siri kedua.

Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah PPS Mohd Rusli Abd Rahman.

Mohd Rusli dalam ucapannya berharap agar prospek dapat menjalankan perniagaan dan pekerjaan mereka dengan sebaik mungkin dan tidak menyalahguna peralatan tersebut kepada pihak lain.

Program LIFE ini bertujuan membantu prospek yang dibebaskan dengan menyediakan barangan peralatan perniagaan dan pekerjaan sebagai sokongan untuk mereka memulakan perniagaan kecil disamping menjana pendapatan untuk keluarga.

Pada masa sama, ia juga bagi membantu prospek keluar daripada kitaran kemiskinan dan mengurangkan kadar residevis.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penduduk kawasan berisiko banjir perlu peka amaran semasa
Next: Huang sumbang dua kerusi roda, sebuah katil pesakit boleh laras

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.