SELANGAU: Seorang warga emas maut setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan Sibu-Bintulu, semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai Ngelambai anak Gani beralamat di Rumah Jimbau Sebadai Kiba, Kilometer 6 Dijih, Selangau.
Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden Polis (DSP) Muhamad Rizal Alias, bekata kamalangan maut itu melibatkan dua motorsikal.
“Mangsa yang berusia 76 tahun sedang menunggang motorsikal dari arah Selangau menghala ke Sibu bertembung dengan motorsikal yang bergerak dari arah Sibu menuju ke Selangau.
“Kejadian itu berlaku pada sekitar jam 9.00 pagi bertempat di Kilometer 73 Jalan Sibu-Bintulu,” katanya.
Berikutan pertembungan itu, katannya, Negelambai mengalami cedera parah di bahagian kepala serta patah tangan kiri dan kaki kiri.
“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan dari Klinik Kesihatan Selangau.
“Penunggang sebuah lagi motorsikal yang berusian 50 tahun juga cedera parah di bahagian kepala dan patah kaki kiri dibawa ke Klinik Selangau sebelum dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut,” katanya.
Muhamad Rizal berkata, impak pertembungan itu menyebabkan kedua-dua motorsikal mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.
“Motorsikal dibawa balik ke Balai Polis Selangau untuk pemeriksaan PUSPAKOM, manakala mayat mangsa yang maut dibawa ke bilik mayat Hospital Mukah,” katanya.
Oleh Henry b Siyu