Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua maut, 10 cedera dalam nahas pesawat ringan di Australia Selatan
  • GLOBAL

Dua maut, 10 cedera dalam nahas pesawat ringan di Australia Selatan

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEBUAH pesawat ringan jenis Diamond DA42 terhempas ke sebuah hangar di Lapangan Terbang Latihan Parafield, Australia Selatan. Foto AGENSI

CANBERRA: Dua maut dan 10 lagi dimasukkan ke hospital selepas sebuah pesawat ringan merempuh hangar di sebuah lapangan terbang latihan di Australia Selatan (SA) petang tadi, lapor Xinhua.

Pasukan polis SA berkata perkhidmatan kecemasan dipanggil selepas laporan bahawa sebuah pesawat kecil melanggar hangar ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Latihan Parafield, sekitar 15 kilometer ke utara pusat bandar Adelaide, kira-kira 2.10 petang waktu tempatan pada Rabu.

Ketua Inspektor Andrew McCracken memberitahu media di lokasi kejadian, dua penumpang pesawat maut dalam perlanggaran itu.

Beliau berkata 10 lagi individu yang berada di dalam hangar ketika itu dibawa ke hospital, termasuk seorang dalam keadaan kritikal akibat lecur teruk dan dua lagi mengalami kecederaan serius.

Perbadanan Penyiaran Australia melaporkan bahawa sejumlah besar juruterbang pelatih dipindahkan dengan selamat dari lokasi kejadian.

Bomba memaklumkan yang nahas itu mencetuskan kebakaran besar yang diburukkan lagi oleh bahan api yang disimpan di dalam hangar.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia dalam satu kenyataan menjelaskan pesawat yang terlibat dalam insiden itu ialah pesawat berkembar enjin jenis Diamond DA42.

Menurut biro itu, pihaknya menghantar pasukan penyiasat yang akan tiba di lokasi pada Khamis untuk memulakan pengumpulan bukti, termasuk mengeluarkan komponen pesawat untuk pemeriksaan lanjut serta menemu bual saksi.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Thaksin diberi parol, dibebaskan 11 Mei
Next: Serang pelajar guna tukul, lelaki Jepun larikan diri selepas sembur polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.