Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua lelaki tersepit selepas kereta terbabas langgar pokok di Jalan Kidurong
  • KEMALANGAN

Dua lelaki tersepit selepas kereta terbabas langgar pokok di Jalan Kidurong

Utusan Sarawak 13 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa yang tersepit selepas kereta dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Kidurong, Bintulu, petang tadi.

BINTULU: Dua lelaki cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di tepi Jalan Kidurong, petang tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 4.42 petang sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong ke lokasi.

Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati pemandu dan penumpang kenderaan terbabit tersepit di dalam kenderaan akibat kemalangan berkenaan.

 KEADAAN kenderaan yang mengalami kerosakan teruk selepas dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok di tepi Jalan Kidurong. 

“Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa dari kenderaan.

“Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi ditamatkan pada 5.20 petang selepas kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan dan keadaan di lokasi disahkan selamat serta terkawal.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Dua cedera, Proton Saga terbabas masuk parit dekat SK Engkilili No. 2

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.