Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban
  • JENAYAH

Dua lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Utusan Sarawak 6 hours ago
DUA lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas IPD Saratok di Roban, semalam. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, operasi tersebut dijalankan semalam bermula sekitar 11.00 pagi oleh Paukan Petugas Khas IPD Saratok.

Beliau berkata, operasi berkenaan dilakukan hasil maklumat risikan berkaitan kegiatan penyalahgunaan dadah di kawasan berkenaan.

Pemeriksaan kemudian dijalankan ke atas dua lelaki yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang itu.

Menurutnya, pasukan operasi yang diketuai Inspektor Henry telah menahan kedua-dua suspek sebelum membawa mereka ke Balai Polis Saratok bagi menjalani ujian saringan air kencing.

“Hasil ujian saringan mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek pertama merupakan lelaki tempatan berusia 33 tahun dari Roban dan tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

Sementara itu, suspek kedua berusia 28 tahun turut berasal dari Roban dan mempunyai dua rekod lampau berkaitan kesalahan dadah, termasuk ditangkap di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta pernah dihukum bagi kesalahan sama tahun lalu.

DSP menegaskan, kes kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau menegaskan usaha membanteras penyalahgunaan dadah akan terus dipergiat bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat setempat terjamin.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lapan ditahan dalam siasatan libatkan PADINI, pembekuan aset diteruskan – KP SPRM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.