Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan disyaki positif dadah jenis syabu
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan disyaki positif dadah jenis syabu

Utusan Sarawak 6 hours ago
DITAHAN… Dua suspek ditahan untuk tindakan lanjut atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

LAWAS: Sepasukan polis telah menahan seorang lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai buruh kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, petang kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan di Jalan Lawas Damit dan hasil pemeriksaan badan menemukan satu kotak rokok yang mengandungi satu keratan straw berisi hablur disyaki dadah jenis syabu.

Suspek telah ditahan, manakala bahan disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.15 gram dirampas untuk siasatan lanjut.

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine (Amp) dan methamphetamine (Meth).

Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai dua kesalahan berkaitan dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, dalam satu kenyataan hari ini turut memaklumkan bahawa dalam operasi berasingan pada 3.40 petang di Jalan Trusan, Lawas, sepasukan polis telah menahan seorang lelaki berusia 45 tahun yang juga bekerja sebagai buruh kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Pemeriksaan badan ke atas lelaki berkenaan tidak menemukan sebarang barang salah atau dadah.

Hasil ujian air kencing bagaimanapun mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine (Amp) dan methamphetamine (Meth).

Semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Bayi lima bulan disyaki didera, bapa ditahan positif dadah  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.