Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan dalam dua serbuan dadah berasingan di Kuching
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan dalam dua serbuan dadah berasingan di Kuching

Utusan Sarawak 8 hours ago
DADAH yang dirampas daripada kes pertama. 

KUCHING: Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM7,500 dalam dua operasi anti dadah berasingan di Kuching pada 5 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching Alexson Naga Chabu berkata, serbuan pertama dilakukan kira-kira 4.45 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di sebuah rumah di Kampung Sungai Midin.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai dadah disyaki jenis ganja seberat 39.90 gram dengan nilai pasaran dianggarkan RM927,” katanya.

Seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis THC.

Menurut Alexson, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

“Suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari bermula 7 Mei hingga 10 Mei bagi membantu siasatan,” katanya.

KES nombor dua.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun serta sebatan antara tiga hingga sembilan kali jika disabitkan kesalahan.

Dalam operasi kedua yang dijalankan kira-kira 12.55 tengah hari di kawasan Jalan Badruddin oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun.

Polis turut merampas dadah disyaki ketamine seberat 31.04 gram, ganja seberat 3.41 gram dan pil Erimin 5 seberat 20.23 gram dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM6,590.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis ketamine dan benzo,” katanya.

Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Suspek direman selama dua hari bermula 7 Mei hingga 8 Mei di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau minimum lima tahun penjara serta tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Alexson berkata kejayaan tersebut adalah hasil risikan berterusan dan kerjasama orang awam.

“Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana mana pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah. Memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti dadah merupakan kesalahan serius di sisi undang undang,” tegasnya.

Beliau berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik komited memerangi dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang.

“Dadah adalah musuh nombor satu negara. Orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui hotline JSJN di talian 012 208 7222 atau hotline JSJN IPK Sarawak di talian 017 592 9211,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tahan suspek kes curi rim motosikal di Kuching
Next: Wanita rugi RM281,700 ditipu ‘Encik Mike’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.