Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan, dadah bernilai RM120,000 dirampas dalam serbuan serentak di Miri
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan, dadah bernilai RM120,000 dirampas dalam serbuan serentak di Miri

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DIRAMPAS… Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah (tengah) menunjukkan barang kes yang dirampas dalam dua serbuan berasingan di Miri.

MIRI: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga asing dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM120,000 dalam dua serbuan berasingan secara serentak di sini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, tangkapan pertama dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) dalam serbuan ke atas sebuah pusat hiburan dan menahan lelaki berumur 27 tahun pada 12.10 tengah malam, Sabtu lalu.

“Pasukan serbuan berjaya merampas dadah disyaki serbuk Ecstacy seberat 1,396.8 gram, pil Ecstacy (37.0 gram), ketamin (10.2 gram) dan pod berisi dadah (66.9 gram).

“Jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM25,620 dan dianggarkan boleh digunakan oleh 1,509 penagih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ruai Kenyalang IPD Miri, hari ini.

Mohd Farhan berkata, ujian saringan awal mendapati suspek positif Methamphetamine dan siasatan dikendalikan oleh Muhammad Nor Hafizuddin Roslan.

Manakala, serbuan kedua sekitar 1.25 petang dilakukan di sebuah rumah oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak dan menahan seorang lelaki tempatan berumur 35 tahun.

DIRAMPAS… Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah (tengah) menunjukkan barang kes yang dirampas dalam dua serbuan berasingan di Miri.

“Hasil pemeriksaan, pihak polis menemukan dadah disyaki ganja seberat 31,400 gram yang dianggarkan bernilai RM97,340.

“Polis turut menyita sebuah kenderaan jenis Perodua Axia bernilai RM20,000.

“Dadah yang dirampas dianggarkan boleh digunakan oleh seramai 155,002 penagih,” katanya.

Beliau berkata, ujian saringan awal terhadap suspek didapati negatif, manakala siasatan dikendalikan oleh Muhammad Luqman Hakim Roslan.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan, jika tidak dikenakan hukuman mati.

“Polis mengucapkan terima kasih kepada masyarakat awam yang telah menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah sehingga berjaya dalam serbuan tersebut.

“Kita memohon kepada masyarakat teruskan menyalurkan maklumat tersebut yang berlaku di sekeliling mereka kepada IPD Miri dan Balai Polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: JHS gagalkan cubaan seludup kayu balak haram di Bintulu
Next: Lelaki, wanita disyaki edar dadah di kawasan pesisir ditahan di Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.