Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dua lelaki bawa dadah RM750,000 ditahan
  • NASIONAL

Dua lelaki bawa dadah RM750,000 ditahan

Utusan Sarawak 5 years ago

HULU TERENGGANU, 30 April -- Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik (tengah) menunjukkan sebahagian dadah jenis Methamphetamine yang diletakkan dalam penapis udara lori yang dinaiki dua lelaki berumur 29 dan 35 tahun bagi mengelak dikesan pihak berkuasa pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu hari ini. Turut hadir Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Daud (kiri). Dadah tersebut bernilai RM750,000 dirampas pada 25 April lalu kira-kira pukul 10 malam dan turut menahan dua lelaki berumur 29 dan 35 tahun yang berada dalam lori berdekatan Plaza Tol Telemong, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik (tengah) menunjukkan sebahagian dadah jenis Methamphetamine yang diletakkan dalam penapis udara lori yang dinaiki dua lelaki berumur 29 dan 35 tahun bagi mengelak dikesan pihak berkuasa pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu semalam. Turut hadir Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Daud (kiri). – Foto BERNAMA

KUALA BERANG: Taktik menggunakan lori mengangkut buah-buahan untuk membawa pil kuda  bernilai lebih RM750,000 berjaya dikesan polis berhampiran Plaza Tol Telemong dekat sini, pada Sabtu lepas. 

Susulan itu, polis menahan dua lelaki masing-masing berusia 29 dan 35 tahun yang menaiki lori itu berhampiran plaza tol berkenaan itu pada jam 10 malam, 25 April.

Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik berkata, hasil penahanan itu, polis merampas 50,000  biji pil kuda.

“Polis telah terserempak dengan sebuah lori yang berhenti di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan dan melihat salah seorang daripada suspek membaling keluar ‘sesuatu’ dan hasil pemeriksaan didapati ia adalah dadah,”  katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu di sini semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan polis  menjumpai sebahagian lagi dadah yang diletakkan di bahagian penapis udara lori terbabit.

Menurut Roslee, kedua-dua lelaki  terbabit dikatakan menggunakan lori berkenaan untuk menghantar bekalan dadah ke destinasi yang telah ditetapkan oleh pengedar  dadah.

“Mereka dalam perjalanan dari  Kelantan ke Johor Bahru untuk mengambil buah dan dalam masa sama mengambil kesempatan menjadi transporter (penghantar) ke destinasi yang ditetapkan dengan upah RM1,000 hingga RM8,000 daripada pengedar  dadah,” katanya.

Beliau berkata, mereka disyaki melakukan kegiatan itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac lepas dan telah tiga kali membuat penghantaran.

Kedua-dua lelaki terbabit direman sehingga 2 Mei dan kes disiasat di bawah Seksyen 36 (B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Tiada hukuman dua darjat langgar PKP
Next: PKP sedia ada masih tetap dilaksanakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.