KUCHING, 12 Oktober: Dua kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada kategori tidak sihat setakat 11.00 pagi ini, dengan IPD Serian merekodkan bacaan tertinggi iaitu 112.
Lubok Antu turut mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu 104, manakala kebanyakan kawasan lain di Sarawak kekal pada tahap sederhana.
Kuching merekodkan bacaan IPU 92, diikuti Samarahan (91), Lawas (86), Kanowit (84), Miri dan Lundu masing-masing 83, serta Samalaju (80).
Belaga, Limbang dan Tebedu masing-masing mencatatkan bacaan 77, diikuti Sri Aman dan Kapit masing-masing 74, Mukah dan Bintulu (71), ILP Miri (66), Sibu (62), Bario (61) dan Sarikei (60).
Berdasarkan julat status IPU, bacaan antara 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana, manakala bacaan antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.
Oleh Adele Rissa




