Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua kampung disediakan bot fiber bernilai RM290,400
  • WILAYAH

Dua kampung disediakan bot fiber bernilai RM290,400

Utusan Sarawak 4 months ago

Bot fiber disediakan untuk kemudahan dua kampung di Lundu. Foto UKAS

LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang, menghadiri sesi percubaan bagi bot baharu yang akan dibekalkan kepada penduduk Kampung Selampit di Sungai Batang Kayan, Lundu.

Bot itu direka khas untuk memenuhi keperluan penduduk Kampung Bitokan dan Kampung Selampit yang bergantung kepada jalan air sebagai laluan utama. 

Langkah ini merupakan inisiatif sementara menunggu pembinaan jambatan Selampit disiapkan.

Dua bot fiber akan dibekalkan dengan kos keseluruhan bernilai RM290,400. 

Bot ini akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Selampit untuk pengurusan dan seliaan.

Menurut Billy, usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan Sarawak untuk memastikan penduduk luar bandar mendapat kemudahan pengangkutan yang lebih selamat dan cekap.

“Kerajaan memahami keperluan penduduk yang bergantung pada jalan air. Penyediaan bot ini akan membantu memastikan mereka dapat menjalani kehidupan harian tanpa gangguan besar sementara projek jambatan dilaksanakan,” katanya kelmarin.

Dalam pada itu, penduduk kampung menyambut baik inisiatif ini dan berharap penyediaan bot tersebut dapat memudahkan urusan harian mereka termasuk keperluan menghantar anak ke sekolah dan membawa hasil pertanian ke pasar.-EDISI UKAS

Continue Reading

Previous: Prapelancaran Jambatan Batang Lassa 9 Januari sebelum dirasmikan 22 Feb
Next: Sidang Kemuncak Pemimpin Lions ASEAN, 20 – 22 Februari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.