Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua hari terputus hubungan, warga emas hilang ditemui selamat
  • Utara
  • WILAYAH

Dua hari terputus hubungan, warga emas hilang ditemui selamat

Utusan Sarawak 5 months ago
DITEMUKAN SELAMAT… Mangsa (duduk) ditemui selamat selepas hilang sejak Selasa lepas apabila keluar ke kebun.  

LIMBANG: Seorang lelaki warga emas yang terputus hubungan dengan keluarganya sejak dua hari lalu setelah keluar dari rumah dan pergi ke kebunnya di Kampung Pahlawan ditemukan selamat di sekitar hutan berdekatan rumahnya, semalam.

Keluarga kepada mangsa berusia 54 tahun itu sebelum ini membuat laporan polis selepas buntu kerana tidak menemui mangsa.

Menurut jurucakap Pusat Kawalan Operasi (PKO) Daerah Limbang, pihaknya telah menerima laporan daripada pihak polis sekitar 4.54 petang kelmarin mengenai kes orang hilang (OH) di kampung berkenaan.

“Pihak keluarga mangsa bertindak melaporkan kejadian itu kepada polis setelah pencarian dengan penduduk kampung gagal mengesan mangsa,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata, mangsa dikenali sebagai Wislie  Lahap ditemukan selamat oleh orang awam pada 6.05 petang, semalam.

Bonnie Madisun menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan mangsa telah dijumpai oleh orang awam di sekitar hutan berdekatan rumah mangsa dalam keadaan selamat.

Susulan penemuan mangsa, katanya lagi, pasukan keselamatan yang terlibat menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Exco PBB Bawang Assan lawat LAS
Next: Daerah Kecil Roban dibanjiri sekitar 30,000 pengunjung hingga Ahad ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.