Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Dua ekor buaya ditembak mati sebab ancam keselamatan penduduk di Lahad Datu
  • SEMASA

Dua ekor buaya ditembak mati sebab ancam keselamatan penduduk di Lahad Datu

Utusan Sarawak 7 months ago

Bangkai buaya tembaga diangkat menggunakan jentolak.

LAHAD DATU: Jabatan Hidupan Liar (JHL) menembak mati dua ekor buaya pada Selasa lepas di Kampung Tabanak atas faktor keselamatan penduduk, kata Pegawainya Hairulnizam Hasnan@Magiol.

Beliau berkata tindakan itu juga bagi mengurangkan risiko penduduk dibaham selain mendapati populasi buaya di Lahad Datu semakin bertambah.

“Pada Isnin pihak kami membuat pemantauan di Kampung Tabanak dan mengenal pasti dua ekor buaya tembaga iaitu seekor buaya dewasa sepanjang 13 kaki (3.96 meter) dan seekor lagi anak buaya sepanjang 5.56 kaki (1.69 meter).

“Pada keesokan hari kira-kira 8.15 malam kami melepaskan dua das tembakan terhadap buaya berkenaan dan kemudian kami lupus dengan cara kubur (tanam),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Hairulnizam menasihati penduduk Lahad Datu agar sentiasa berwaspada ketika berada di kawasan laut dan sentiasa mematuhi tanda amaran yang dipamerkan di lokasi tertentu.

Beliau dalam pada itu meminta kerjasama semua pihak untuk menyalurkan maklumat atau membuat aduan berhubung kehadiran buaya yang mengancam keselamatan dengan menghubungi talian 089-863736, 089-863296 atau 089-863735.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Pengamal media perlu dalami AI
Next: Perbahasan RUU Perbekalan 2025 tumpuan minggu kedua sidang Dewan Rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.