Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dua ditahan, bawa dadah bernilai lebih RM6 juta
  • NASIONAL

Dua ditahan, bawa dadah bernilai lebih RM6 juta

Utusan Sarawak 4 years ago

IPOH, 27 Jun -- Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid (tengah) menunjukkan rampasan dadah jenis Methaphetamine pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.? Polis merampas dadah seberat 128.78 kilogram (kg) bernilai RM6.439 juta apabila dua lelaki tempatan ditahan ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Gopeng di sini, Rabu lepas. Mior Faridalathrash berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, kedua-dua suspek berumur 41 dan 47 tahun yang menaiki kereta mewah jenis Bentley berada dalam keadaan mencurigakan. Hasil pemeriksaan telah menemukan dadah jenis Methamphetamine seberat 122.5 kg di dalam 117 bungkusan teh Cina di ruang penyimpanan barang di bahagian belakang kenderaan itu yang telah diubah suai. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

RAMPAS… Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid (tengah) menunjukkan rampasan dadah jenis Methaphetamine pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak semalam. • Foto BERNAMA

IPOH: Polis merampas dadah seberat 128.78 kilogram (kg) bernilai RM6.439 juta apabila dua lelaki tempatan ditahan ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Gopeng di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, kedua-dua suspek berumur 41 dan 47 tahun yang menaiki kereta mewah jenis Bentley berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan telah menemukan dadah jenis Methamphetamine seberat 122.5 kg di dalam 117 bungkusan teh Cina di ruang penyimpanan barang di bahagian belakang kenderaan itu yang telah diubah suai.

“Pemeriksaan lanjut yang dijalankan turut menemukan enam lagi bungkusan teh Cina yang didalamnya mengandungi 6.28 kg dadah jenis Methaphetamine di ruang penyimpanan tayar tambahan di bahagian belakang kereta berkenaan.

“Turut disita wang tunai bernilai RM3,390,” katanya, pada sidang media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini semalam.

Mior Faridalathrash berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek mempunyai surat kebenaran merentas negeri yang sudah tamat tempoh atas alasan mempunyai urusan perniagaan.

Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing pula mendapati hanya suspek berumur 41 tahun positif dadah jenis Methamphetamine manakala suspek berumur 47 tahun mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

— Bernama

Continue Reading

Previous: KPWKM cadang ibu divaksin selepas bersalin
Next: Jumlah kes Covid-19 daripada sektor perkilangan, pembuatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.