Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua cedera, Proton Saga terbabas masuk parit dekat SK Engkilili No. 2
  • KEMALANGAN

Dua cedera, Proton Saga terbabas masuk parit dekat SK Engkilili No. 2

Utusan Sarawak 4 hours ago
DUA individu cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sendiri sebelum masuk ke dalam parit berhampiran SK Engkilili No. 2, awal pagi ini. Foto PGO Bomba Sarawak

ENGKILILI: Dua individu cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas sendiri sebelum masuk ke dalam parit di Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Engkilili No. 2, awal pagi tadi.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.49 pagi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman yang diketuai Komander Operasi, PBK I Edwin Jonani, tiba di lokasi kira-kira 7.11 pagi, iaitu 26 kilometer dari balai.

Siasatan awal mendapati kemalangan kendiri itu melibatkan sebuah kereta Proton Saga yang dipandu seorang lelaki dewasa bersama seorang penumpang wanita. Kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan masuk ke dalam parit.

Ketika pasukan bomba tiba, pemandu berjaya keluar dari kenderaan, manakala penumpang wanita masih terperangkap di dalam kereta. Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) kemudian memberikan rawatan awal dengan memasang alat sokongan leher (c-collar) kepada mangsa.

Pasukan bomba seterusnya mengeluarkan mangsa wanita menggunakan pengusung melalui pintu bahagian pemandu sebelum menyerahkannya kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

Mangsa yang berusia 64 tahun mengalami kecederaan pada kaki dan badan, manakala penumpang, yang berusia 42 tahun turut cedera pada kaki dan anggota badan. Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sri Aman menggunakan ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan.

Operasi yang melibatkan tujuh anggota bomba dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan EMRS berjaya dikawal pada 7.20 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada 7.37 pagi selepas keadaan disahkan selamat.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Wanita maut dirempuh kenderaan ketika melintas jalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.