Dua cedera kemalangan lori di Batu 26 Jalan Kuching-Serian

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
DUA mangsa cedera selepas lori membawa muatan barang runcit terbabit dalam kemalangan di Batu 26, Jalan Kuching-Serian, petang tadi. Foto Bomba

SERIAN: Dua mangsa cedera selepas lori membawa muatan barang runcit terbabit dalam kemalangan di Batu 26, Jalan Kuching-Serian, petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan berhubung insiden itu diterima pada 6.23 petang.

DUA mangsa cedera selepas lori membawa muatan barang runcit terbabit dalam kemalangan di Batu 26, Jalan Kuching-Serian, petang tadi. Foto Bomba

Komander operasi, PBK II (TBK I) Yusof Osman berkata, kedua-dua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba. 

“Mangsa perempuan mengalami kecederaan pada bahagian tangan kiri dan dihantar ke Hospital Serian menggunakan kenderaan EMRS Siburan, manakala mangsa lelaki hanya cedera ringan,” katanya.

Tiada mangsa tersepit dilaporkan dalam kejadian tersebut.