Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua cedera kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo dekat SK Melugu
  • KEMALANGAN

Dua cedera kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo dekat SK Melugu

Utusan Sarawak 5 hours ago
DUA individu cedera dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku di Lebuh Raya Pan Borneo dekat kawasan SK Melugu tengah hari tadi. Foto: APM Sri Aman

SRI AMAN: Dua individu cedera dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku di Lebuh Raya Pan Borneo dekat kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Melugu tengah hari tadi.

Menurut kenyataan media Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sri Aman, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut sebelum sepasukan anggota bersama ambulans digerakkan ke lokasi.

Pasukan penyelamat dilaporkan tiba di tempat kejadian pada 12.24 tengah hari dan mendapati kedua-dua mangsa telah dibantu oleh orang awam serta dialihkan ke tepi jalan.

Mangsa pertama mengalami kecederaan pada bahagian kaki kanan, manakala mangsa kedua hanya mengalami kecederaan ringan.

Kedua-dua mangsa kemudian diberikan rawatan awal oleh anggota penyelamat sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi menyelamat berjalan lancar dan ditamatkan sepenuhnya pada 12.52 tengah hari. 

APM Daerah Sri Aman turut merakamkan penghargaan kepada orang awam yang bertindak pantas membantu mangsa sebaik kejadian berlaku.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Remaja 14 tahun lemas ketika mandi sungai di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.