Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua cedera dalam kemalangan di Bulatan Petra Jaya
  • KEMALANGAN

Dua cedera dalam kemalangan di Bulatan Petra Jaya

Utusan Sarawak 8 hours ago
KERJA pembersihan di lokasi kejadian bagi menghapuskan sisa tumpahan minyak di atas jalan raya.

KUCHING: Dua individu cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kenderaan di Bulatan Petra Jaya, awal pagi tadi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.18 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi pada 1.30 pagi, pasukan bomba mendapati kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan dengan dua mangsa di dalamnya.

“Kedua-dua mangsa berada dalam keadaan tidak tersepit dan berjaya dikeluarkan dari kenderaan.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) untuk rawatan awal sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KEMALANGAN jalan raya membabitkan sebuah kenderaan di Bulatan Petra Jaya awal pagi tadi.

Operasi dikawal pada 1.35 pagi dan tamat sepenuhnya pada 1.50 pagi.

Selepas operasi menyelamat selesai, pasukan bomba turut menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian bagi menghapuskan sisa tumpahan minyak di atas jalan raya demi memastikan keselamatan pengguna lain serta mengelakkan risiko kemalangan susulan.

Operasi tersebut diketuai oleh PBK I Mohamad Nizam Bujang dengan kekuatan sembilan anggota serta dua jentera iaitu sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah EMRS.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Tiga cedera kemalangan dua kenderaan di Jalan Kong Phin, Kuching
Next: Wanita maut tersepit, kereta remuk bertembung lori

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.