Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Dua beradik didenda RM500 miliki rokok, minuman keras dipercayai tidak sah
  • MAHKAMAH

Dua beradik didenda RM500 miliki rokok, minuman keras dipercayai tidak sah

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Dua beradik masing-masing dijatuhi hukuman denda RM500 atau penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret di Sibu hari ini atas pertuduhan memiliki pelbagai jenis rokok dan minuman keras yang dipercayai diperolehi secara tidak sah.

Ting Ping Nan, 40, dan Ting Ping Kang, 50, yang terdahulu mengaku bersalah terhadap pertuduhan, dijatuhi hukuman itu setelah didakwa secara berasingan di hadapan Majistret Romario Jonoi.

Berdasarkan pertuduhan, Ping Nan didakwa memiliki sejumlah rokok dan minuman keras yang dipercayai diperolehi secara tidak sah di sebuah pasar mini di Jalan Permai Utara pada 1 September 2025, lebih kurang 12.30 petang.

Sementara Ping Kang didakwa melakukan kesalahan sama di sebuah premis di Jalan Permai Barat 1 pada 1 September 2025, lebih kurang 12.30 petang.

Sehubungan itu, kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 37(1) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak 1958 dan dihukum di bawah seksyen sama, yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tiga bulan dan denda sehingga RM500.

Mengikut fakta kes, anggota dari bahagian risikan Batalion 10 Pasukan Gerakan Am Sibu telah membuat serbuan serentak ke dua premis di Taman Permai, yang disyaki menjadi tempat menyimpan serta menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai.

Dalam serbuan itu, pihak penguatkuasa telah menjumpai sejumlah rokok dan minuman keras di kedua-dua premis serta di dalam dua buah kenderaan.

Kedua-dua tertuduh juga gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit bagi pemilikan barangan tersebut.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Keshava Rao A/L Tharma Raja sementara kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Pemandu pacuan empat roda didenda RM8,000 sebabkan kemalangan maut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.