Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua beradik bergaduh hingga jiran hilang nyawa
  • JENAYAH

Dua beradik bergaduh hingga jiran hilang nyawa

Utusan Sarawak 2 years ago

Suspek (adik) yang berusia 45 tahun mengintai abangnya di tepi semak di pinggir jalan sebelum menetak mangsa yang difikirkan abangnya, rupa-rupanya jiran suspek.

SIMUNJAN: Pertengkaran antara dua beradik berakhir tragis apabila jiran menjadi korban.

Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Wong Tee Kue berkata, menerima panggilan berhubung kejadian sekitar 6.00 petang semalam.

“Satu mayat dijumpai dalam keadaan berlumuran darah tertiarap di tepi jalan di Lubuk Punggur, Simunjan.

“Siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran di antara dua beradik itu sebelum abang mengejar adiknya dengan parang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Wong berkata, ekoran pergaduhan, suspek (adik) yang berusia 45 tahun kemudian mengintai abangnya di tepi semak di pinggir jalan sebelum menetak mangsa yang difikirkan abangnya,  rupa-rupanya jiran suspek.

“Mangsa (jiran suspek) pada ketika itu sedang dalam perjalanan membeli rokok,” kata Wong.

Katanya, mangsa yang dikenali sebagai Sapuwan Mohamat, 63 tahun, dikejarkan ke Pusat Jantung Sarawak dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dibedah siasat.

Polis telah menahan suspek untuk siasatan lanjut.

Sehubungan itu katanya, kes telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Tokan dadah kantoi dicekup bersama 5.3 gram dadah
Next: Terguna duit ibu bayar hutang, lelaki buat laporan palsu konon disamun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.