Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dr. Sim lakukan kunjungan TBC di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Dr. Sim lakukan kunjungan TBC di Sibu

Utusan Sarawak 3 months ago
RAIKAN BERSAMA… Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian ketika melakukan kunjungan Tahun Baharu Cina (TBC) ke kediaman Huang di Jalan Deshon.

SIBU: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina (TBC) ke kediaman pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan persatuan, di sini petang tadi.

Dr. Sim dan rombongan memulakan kunjungan ke kediaman Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei, Dato Sri Huang Tiong Sii di Jalan Deshon.

APA KHABAR….Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian bersalaman dengan orang ramai ketika tiba di kediaman Penghulu Lau di Lorong 9, Jalan Kapor.

Selepas itu, beliau melakukan upaca sembahyang di Foo Hwang San Ur Par Wang Kong Temple, sebelum mengunjungi Persatuan Hing Hua Pou Sen Sibu di Jalan Wong Nai Siong.

Dr. Sim kemudiannya mengunjungi kediaman Penghulu Lau Hieng Wuong di Lorong 9, Jalan Kapor, sebelum mengakhiri kunjungannya di kediaman Ahli Dewan Negara, Senator Robert Lau di Jalan Kong Yit Khim.

SELAMAT TAHUN BAHARU CINA….Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian merakam kenangan di kediaman Senator Robert Lau di Jalan Kong Yit Khim.

Turut mengiringi ialah Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan, Datuk Michael Tiang, ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek, Pengerusi SUPP Cawangan Dudong, Wong Ching Yong, Pengerusi Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pusat, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting serta yang lain.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: IKMa anjur program promosi 13 Februari ini
Next: Sesi dialog bersama pengusaha lori

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.