KUCHING:”Fokus saya sekarang adalah untuk meneruskan pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan di kawasan saya’.
Demikian kata-kata Dr Richard Rapu, calon. Gabungan Parti Sarawak (GPS) setelah secara rasmi memenangi kerusi Parlimen Betong dengan majoriti 11,302 undi.
Calon muka baharu GPS itu, menewaskan calon PKR dari Pakatan Harapan, Patrick Kamis dan calon Bebas, Hasbie Satar.
Dr Richard berkata, beliau akan terus bekerjasama dengan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dibawah kawasan parlimennya bagi meneruskan segala usaha yang sedang dan akan dijalankan di kawasan itu.
Parlimen Betong merangkumi DUN Saribas, Layar dan Bukit Saban.
Dr Richard juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyokong.