Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dr Jemilah dilantik sebagai penasihat khas PM
  • NASIONAL

Dr Jemilah dilantik sebagai penasihat khas PM

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 31 Mac -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan surat pelantikan sebagai Penasihat kepada Perdana Menteri mengenai Penasihat Kesihatan Awam kepada Tan Sri Dr Jemilah Mahmood di pejabat beliau di Bangunan Perdana Putra hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju melantik Tan Sri Dr Jemilah Mahmood sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam.

“Beliau bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri mengenai dasar dan inisiatif berkaitan bidang kesihatan,” kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan semalam.

Dr Jemilah berpengalaman luas dalam bidang perubatan dan terlibat secara langsung dalam kerja-kerja kemanusiaan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Beliau sebelum ini merupakan Presiden Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) dan Setiausaha Bahagian Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

Beliau dipilih sebagai pemenang ASEAN Prize 2019 iaitu anugerah berprestij rantau ASEAN bagi mengiktiraf pencapaian individu atau organisasi dalam memupuk identiti dan semangat serantau ke arah pembangunan Komuniti ASEAN menjelang 2025.

Dr Jemilah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). – BERNAMA

Continue Reading

Previous: ATM akan hantar bekalan makanan di Sabah, Sarawak
Next: Kira-kira 510 gelandangan diberi tempat berlindung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.