PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan sempena persaraan Pengarah Pendidikan Sarawak, Datu Dr Azhar Ahmad di Pejabat Premier Sarawak, Dewan Undangan Negeri Sarawak, di sini.
Dr Azhar akan bersara wajib mulai esok selepas memegang jawatan tersebut hampir lima tahun.
Beliau pertama kali dilantik pada akhir 2018 hingga Mac 2020, kemudian dilantik semula dari Mac 2022 hingga kini.
Sepanjang lima tahun berkhidmat sebagai Pengarah JPN Sarawak, beliau telah mencapai pelbagai kejayaan, terutama dalam pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) di semua sekolah rendah di Sarawak.
Dr Azhar telah mencurah bakti dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun.